Jenayah

Deringan telefon bantu kesan waris mangsa

KOTA TINGGI – Deringan telefon bimbit yang berbunyi ketika operasi menyelamat dilakukan ke atas mangsa kemalangan maut di kilometer 47.5 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Ladang Getah Malaysia pagi semalam membantu anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kota Tinggi mengesan waris mangsa.

Mangsa, Natiah Suhari, 61 beralamat di Felda Bukit Waha maut di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian penumpang dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan, Perodua Kancil, Proton Exora dan juga lori Ford Trader satu tan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Yahaya Kodri berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.12 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama lima anggota dan sampai 15 minit kemudian.

“Sebaik sahaja kami sampai di tempat kejadian pemandu Perodua Kancil sudah dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk mendapatkan rawatan. Manakala mangsa penumpang di bahagian hadapan yang tersepit berjaya kita keluarkan dalam tempoh empat minit.

“Ketika operasi menyelamat dilakukan, telefon bimbit mangsa berdering secara tidak langsung memudahkan anggota bomba menghubungi waris untuk memberitahu kejadian itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika mengesahkan kejadian berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Exora yang datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");