Jenayah

Dihempap Iklan Gergasi

Kuala Lumpur: “Saya tergamam melihat sebuah papan iklan gergasi tumbang dan menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melalui di bawahnya,” kata saksi kejadian ribut yang mahu dikenali sebagai Farhan, 30.

Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, dua lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki dihempap papan iklan akibat angin kencang di Kampung Baru Semenyih di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila angin kencang disusuli hujan lebat itu menyebabkan papan iklan setinggi lebih 20 meter jatuh lalu menghempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang diletakkan di tepi jalan.

“Terdapat dua lelaki berada di dalam kenderaan itu. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan.

“Dua lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius walaupun kereta itu remuk pada bahagian hadapan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi Mohammad Fadhil berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

“Kerja pembersihan dan pemotongan papan iklan yang roboh itu dilakukan bagi memastikan laluan itu boleh digunakan semula,” katanya.

Difahamkan kejadian ribut itu turut menerbangkan beberapa khemah berhampiran sebelum menghempap kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sekitar pekan Semenyih di sini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");