Sukan Hari Ini

FAS enggan layan desakan penyokong

PENGURUS Selangor, Amirudin Shari menganggap desakan penyokong The Red Giants yang mahukan perubahan dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) adalah pandangan peribadi, lapor NURUL RIDUAN NOR ASHAHA.

Kelmarin, ketika aksi menentang Pahang di Stadium Shah Alam, penyokong Selangor memasang kain rentang mendesak FAS melakukan perubahan bagi menjamin masa depan Red Giants di masa hadapan.

Amirudin yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan negeri berkata, tiada keperluan Selangor untuk akur desakan disuarakan berkenaan.

“Itu pandangan dan persepsi setengah pihak. Sehingga kini pasukan ini bergerak dengan padu dan mantap.

“Mungkin persepsi negatif ini dibuat kerana mereka tidak mengetahui secara terperinci berkenaan apa yang berlaku dalam pasukan,” katanya.

Menurut Amirudin, beliau beranggapan bahawa perspektif negatif itu adalah usaha sesetengah pihak untuk merobek Selangor.

“Itu merupakan satu perang psikologi…mungkin daripada pihak lawan yang mengetahui kekuatan Selangor adalah melalui ikatan kekeluargaan.

“Kami tidak boleh singkirkan mana-mana sebab kerana ada desakan atau perspektif negatif,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");