Sukan Hari Ini

Gagal manfaat peluang

Kuala Lumpur: Hasrat skuad bawah 13 tahun negara untuk meneruskan rentak juara pada Piala Iber di Estoril tidak kesampaian apabila menjadi mangsa belasahan kelab Paris Saint-Germain.

Beraksi cemerlang hingga berjaya bergelar juara pada Piala Iber di Costa del Sol minggu lalu, anak buah Lim Teong Kim terpaksa menerima hakikat tewas 0-4 kepada lawan dari Perancis itu, semalam.

Selepas cemerlang pada peringkat kumpulan, skuad negara akhirnya bertemu lawan sebenarnya dan terpaksa akur perjalanan mereka terkubur di suku akhir.

Bagi jurulatih Raja Azlan Shah Raja Shoib biarpun tewas pemain negara mempamerkan semangat juang tinggi dengan mengekalkan tempo permainan pantas.

Namun kegagalan menyempurnakan peluang keemasan dilihat antara punca kekalahan skuad projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) itu.

“Kami mempunyai banyak peluang untuk meledakkan gol tapi pemain gagal untuk menyempurnakannya. Akhirnya kesilapan yang dilakukan membawa padah menyebabkan kami dihukum dengan kekalahan ini.

“Lawan bijak menggunakan segala peluang yang ada. Apapun ini satu pengalaman yang berguna buat kelompok pemain muda ini,” katanya.

Sementara itu biarpun gagal melayakkan diri ke separuh akhir, aksi skuad negara turut mendapat pujian pengendali lawan yang menyifatkan beberapa pemain negara mampu mengucar-ngacirkan benteng lawan.

Piala Iber Estoril disertai 33 pasukan bagi kategori bawah 13 tahun berbanding hanya 16 pasukan di
Marbella, Sepanyol minggu lalu.

Pasukan NFDP Malaysia memenangi semua tiga perlawanan peringkat kumpulan ke atas Sageltorps IF dari Sweden (2-1), Dragon Force Lisboa (7-0) dan SC Linda-a-Velha (3-0) kedua-duanya dari Portugal. Mereka mengatasi satu lagi kelab dari Portugal, CF Belenenses G 1-0 pada pusingan kedua kelmarin.

– //www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");