Perak Hari Ini

Gembira Terima Kerusi Roda Elektrik

BAGAN SERAI: “Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap saya,” demikian ujar seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhamad Sayd Ali, 56.

Beliau yang kehilangan kedua belah kaki akibat daripada penyakit kencing manisnya sejak dua tahun lalu kelihatan gembira apabila menerima sumbangan kerusi roda elektrik.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di sini, pada Ahad.

PERAK TODAY 01

Ujar Muhamad, beliau sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berdikari selepas sekian lama tidak dapat melakukan kerja akibat daripada kekurangan yang dihadapi olehnya itu.

“Sebelum ini saya rasa sedih… Tak dapat cari makan, bekerja tetapi sekarang saya rasa bahagia.

“Dapat kerusi dan saya boleh bergerak sendiri tanpa bantuan daripada orang lain kecuali anak-anak dan saya boleh cari makan untuk keluarga saya… Syukur Alhamdulillah,” tambah beliau lagi.

Beliau juga berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menjadikan kehidupannya sekeluarga selepas ini lebih baik.

PERAK TODAY 02

Hasil perkongsian hidup dengan Zahara Awang, 56, Muhamad telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Mahathir, 19, Marina, 17; dan Mahazan, 15.

Sementara itu, Azeez berkata, pihaknya turut akan cuba memberi bantuan kepada anak sulung Muhamad iaitu Mahathir yang dikatakan terpaksa berhenti daripada pengajiannya di politeknik kerana ingin membantu menyara keluarga.

“Saya akan memikirkan alternatif lain, kalau kita boleh memberikan modal bagi melakukan perniagaan kecil-kecilan kepada abang Muhamad, dan anaknya untuk sambung belajar.

“Sekurang-kurangnya kalau dia (Mahathir) sambung belajar dan dapat bawa balik Ijazah ataupun Diploma, dia boleh bekerja untuk menampung serta membantu keluarganya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");