Sukan Hari Ini

Hujan rahmat

Lewis Hamilton (gambar) berjaya mengatasi segala cabaran berliku sebelum memenangi Grand Prix British semalam.

Hamilton bermula di petak pertama dengan rakan sepasukan Nico Rosberg di tempat kedua, namun dua pemandu Williams Felipe Massa dan Valtteri Bottas berjaya memintas untuk memimpin saingan pada awal perlumbaan.

Dengan tidak berdepan sebarang trafik, kedua-dua pemandu Williams itu berjaya menjarakkan kedudukan tetapi strategi pasukan yang lebih baik, membolehkan Mercedes AMG Petronas kembali bangkit.

“Pada awal perlumbaan, saya berdepan dengan masalah cengkaman tayar sehingga menyebabkan Massa dan Bottas memotong saya,” katanya.

Hujan di penghujung perlumbaan menyaksikan kesemua pasukan menukar tayar dan Hamilton bertindak bijak dengan memasuki hentian pit lebih awal berbanding pelumba lain sebelum mencipta jarak dan terus memimpin saingan sehingga tamat perlumbaan.

Rosberg di tempat kedua sementara bekas juara dunia empat kali Sebastian Vettel dari Ferrari, ketiga.
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");