Berita Hari Ini
Like

Jambatan Batu 6 masuk Malaysia Book of Records

July 2, 2015
198 Views
0 Comments
56 seconds read
Jambatan Batu 6 masuk Malaysia Book of Records

GERIK – Jambatan Batu 6 yang menghubungkan Gerik dengan Bandariang, di sini dianugerahkan sebagai jambatan konkrit batu rentang terpanjang di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records, hari ini.

Pembinaan jambatan yang dimulakan pada 2013 menggunakan kaedah Ultra High Performance Concrete (UHPC) dibina dengan panjang 100 meter dan kelebaran 5 meter menyeberangi Sungai Perak.

Sijil The Malaysia Book of Records disampaikan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Pengarah Jabatan Kerjaraya Perak, Datuk Ir Safry Kamal Ahmad.

Projek yang menelan kos RM6.3 juta itu merupakan projek di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Pembinaan jambatan berteraskan teknologi terkini dan mesra alam itu juga diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Asia menggunakan kaedah UHPC.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply