Panasnya Hari Ini

Jika Kerana Isu 1MBD, Saya Redha- Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: “Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. ..jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha,” demikian ulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan medianya di muat naik ke laman sosial facebook milik beliau, turut mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009,” .

“Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah,” katanya.

Ujarnya lagi, selama berkhidmat beliau sentiasa  mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tambahnya lagi, sebagai Timbalan Presiden UMNO beliau sentiasa setia kepada perjuangan UMNO  dan akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan selama ini,

Katanya lagi, selain mencurahkan khidmat baktinya demi memperkukuhkan parti beliau juga akan berusaha mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

“Kepada Allah saya berserah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");