Perak Hari Ini

JKJR Perak Galak Lebih Ramai Penyertaan Sukarelawan

BATU GAJAH: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perak mengharapkan penyertaan lebih ramai orang awam sebagai sukarelawan jabatan tersebut.

Pengarahnya, Laila Mazwin Zakaria berkata, sehingga kini, JKJR Perak hanya mempunyai sembilan orang kakitangan sahaja untuk negeri Perak.

“Bila kami mengadakan program, maka tenaga kerja yang ada tidak mencukupi.

PERAK TODAY 3

“Jadi, kami memerlukan sukarelawan-sukarelawan ini untuk membantu kami menjalankan kerja-kerja seperti ini,”katanya ketika ditemui ketika program ‘Tiada Minggu Tanpa Advokasi’, di sini, pagi tadi.

PERAK TODAY 4

Laila turut berkata, setakat kini, JKJR Perak mempunyai bantuan sukarelawan seramai 282 orang.

“Kami mengharapkan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa sebab kita kerap membuat promosi untuk keahlian semasa kita melaksanakan sesuatu program.

“Contohnya program pada hari ini bukan sahaja melibatkan JKJR dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja, tetapi kita juga bawakan lima orang sukarelawan untuk membantu kami mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya,”katanya.

Katanya lagi, program yang dipanggil ‘Tiada Minggu Tanpa Advokasi’ dianjurkan di lokasi berbeza pada setiap minggu.

“Fokus kita pada hari ini khusus kepada penunggang dan pembonceng motosikal.

“Manakala pengisian program ini ialah pertukaran topi keledar dewasa dan kanak-kanak selain daripada kita edarkan minyak enjin yang ditaja oleh Petronas,”katanya.

PERAK TODAY 1

Menurutnya, sebanyak 50 topi keledar dewasa, 16 topi keledar kanak-kanak, 20 vest pemantul cahaya dewasa dan 10 vest pemantul cahaya kanak-kanak telah diedarkan pada hari ini.

“Kita ingn mendidik orang ramai tentang pentingnya pakai topi keledar yang diluluskan oleh SIRIM, tetapi juga pakai dengan cara yang betul iaitu, ikat dengan kemas,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");