Sukan Hari Ini

Jurulatih Azraai Letak Jawatan Di Kelantan

Keputusan mengejut Azraai Khor dikatakan berpunca daripada keputusan buruk pasukan The Red Warriors selepas tewas 3-0 kepada Lions XII pada aksi Liga Super di Jalan Besar pada Sabtu lalu.

Pasukan Kelantan kini berada di kedudukan kesepuluh liga daripada 12 pasukan dengan 11 mata dalam 12 aksi.

Mohd Azraai merupakan jurulatih kedua Kelantan musim ini dengan menggantikan George Boateng Mac lalu.

Bagaimanapun Mohd Azraai enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu ketika dihubungi dan hanya mengesahkan peletakan jawatan dibuat melalui aplikasi WhatsApp.

Mohd Azraai antara jurulatih yang disegani dengan beberapa rekod pencapaian cemerlang ketika bersama Kedah (2004-2008), Negeri Sembilan (2011-2012) namun gagal merangkul sebarang trofi bersama Perak (2012-2013) dan T-Team (2013-2014).

Selain itu, sepanjang aksi Liga Malaysia musim ini, seramai enam orang jurulatih telah berhenti atau diberi cuti oleh majikan masing-masing.

Sebelum ini pengendali Terengganu Abdul Rahman Ibrahim, Boateng (Kelantan), B.Sathianathan (ATM), Bojan Hodak (JDT) dan Aminuddin Hussien (Kuantan FA).-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");