Jenayah

Kanak-kanak warga asing ditahan

ALOR SETAR – Lapan kanak-kanak warga asing antara yang turut ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Bandaraya Alor Setar, di sini, semalam.

Dalam operasi yang diketuai Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Mad Tajuddin Shaari itu, seramai 66 warga asing diperiksa di tiga lokasi berbeza manakala 55 pendatang tanpa izin (Pati) dicekup.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, sebuah rumah kongsi dan tapak pembinaan Taman Vistana, Jalan Langgar, di sini diserbu dalam operasi disertai 26 pegawai imigresen tersebut.

“Malah, kita melakukan serbuan di lokasi kedua di sebuah kediaman di Kampung Alor Gunung. Seterusnya, sebuah rumah di Kampung Chegar, Seberang Pantai Johor turut diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, kita dapat menahan 41 warga Myanmar, 11 warga Bangladesh dan tiga orang warga Indonesia dalam operasi di tiga lokasi berasingan itu,” katanya.

Malah katanya, lapan kanak-kanak termasuklah tiga daripadanya perempuan berusia antara dua bulan hingga sembilan tahun, manakala Pati dewasa berusia antara 18 hingga 43 tahun.

“Seorang lelaki Myanmar ditahan kerana disyaki memiliki cop keselamatan imigresen palsu dan dia disiasat di bawah Seksyen 56 (1) (I).

“Seramai 21 lelaki, 10 wanita dan lapan kanak-kanak berkenaan ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Manakala katanya, seorang lagi lelaki Myanmar ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan dan disiasat di bawah Per.39 (b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut di lokap Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");