Jenayah

Lagi rumah jadi mangsa simbah cat

KUALA KURAU – Isu ah long salah simbah cat merah pada beberapa rumah di Jalan Pantai, di sini, membimbangkan penduduk kawasan terbabit.

Terbaharu, rumah seorang peniaga, Ng Aik Guan, 49, menjadi sasaran kumpulan Ah Long terbabit apabila bahagian hadapan rumahnya dibaling botol minuman keras berisi cat merah berserta dua keping nota ugutan yang ditujukan penama yang bukan berasal dari kampung itu.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin, ternyata membingungkan pihaknya sekeluarga memandangkan nama yang tertera pada surat ugutan itu langsung tidak dikenalinya.

“Dia (ah long) salah tempat. Orang yang dia cari tidak tinggal di sini.

“Ini kejadian kedua dalam tempoh dua minggu. Sebelum ini dua rumah kawan turut dibaling cat berserta nota ugutan menggesa penama yang tertera pada nota itu melangsaikan hutang dengan segera.

“Nota kali ini lebih menggerunkan apabila ia berunsurkan ugutan lebih keras dan meminta penduduk lebih berwaspada kerana mereka akan datang semula jika penama tersebut masih tidak melangsaikan hutangnya,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Aik Guan berkata, pihaknya cuba menghubungi nombor telefon tertera pada nota itu yang dipercayai ketua kumpulan ah long terbabit, namun tidak berjawab.

Menurutnya, penduduk berharap kumpulan ah long berkenaan tidak mengancam keselamatan mereka yang tidak bersalah memandangkan individu yang dicari tidak tinggal di kampung itu.

“Saya difahamkan oleh beberapa penduduk Kuala Kurau bahawa si penama yang diugut sebelum ini tinggal di Bagan Seberang dan sudah berpindah bersama ahli keluarga lain sebaik kejadian pertama berlaku.

“Orang lain buat masalah, janganlah kami yang menjadi mangsa sehingga kebanyakan penduduk kini bimbang dengan keselamatan masing-masing,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Keat, 48, berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumahnya, dua suspek menaiki kereta Toyota Vios berwarna putih berjaya dirakam melakukan perbuatan khianat itu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, seorang suspek bertindak keluar daripada kenderaan dan melempar botol berisi cat ke rumah jiran sebelum membaling satu lagi botol ke halaman rumahnya.

“Akibatnya kereta anak yang baru dibeli dua hari sebelum itu terkena cat pada bahagian belakang dan tayar kiri kereta berkenaan.

“Susulan kejadian itu, kami nekad melaporkan kejadian itu di balai polis berhampiran,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");