Sukan Hari Ini

Lebih 1.2 bilion bakal saksikan Grand Prix KL

LEBIH 1.2 bilion penonton dari 115 negara seluruh dunia dijangka menyaksikan perlumbaan julung kali Grand Prix KL yang akan disiarkan secara langsung mulai 7 hingga 9 Ogos ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif GT Race Global (Malaysia) Sdn Bhd yang juga penganjur perlumbaan, M. Arrasu berkata perlumbaan yang akan disiarkan oleh ESPN dan Fox Sports itu merupakan peluang bagi Kuala Lumpur menjadi terkenal di seluruh negara.

“Melalui tontonan televisyen ini, Kuala Lumpur akan menyerlah sebagai satu daripada ikon trek perlumbaan dengan Menara Berkembar Petronas sebagai monumen bandar raya ini.

“Melalui platform ini, Kuala Lumpur pastinya akan mencipta nama dari segenap pelosok dunia sekali gus meningkatkan ekonomi di ibu negara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Grand prix akan menyaksikan pemandu memecut dengan laju melalui 3.2 kilometer litar sementara ‘gred 3’ dengan 16 liku termasuk di sepanjang Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Pinang. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");