Sukan Hari Ini

Liga Super: TRW benam ATM

KELANTAN kembali semula ke landasan kemenangan apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, semalam.

Dalam aksi tunggal Liga Super itu, pemain import The Red Warriors (TRW), Erwin Carrillo terlebih dulu meletakan tuan rumah di depan seawal minit ke-5 sebelum pemain tengah ATM, Venice Elphi menyamakan kedudukan m-9.

Namun kedudukan itu gagal dipertahankan pelawat apabila TRW kembali semula di depan menerusi jaringan Wan Zack Haikal m-39 diikuti jaringan Nor Farhan Muhammad m-43 untuk memastikan tuan rumah selesa mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua anak buah Zahasmi Ismail terus mengandakkan asakan menambah jaringan dan hasilnya Carillo sekali lagi meledak dengan jaringan m-63.

Wan Zaharulnizam Zakaria tidak ketinggalan melengkapkan malam pesta Kelantan dengan gol m-73.

Kemenangan itu secara tidak langsung menyuntik semangat pemain TRW menjelang aksi getir menentang Perak di Kota Bharu, Sabtu ini.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");