Berita Hari Ini

Malaysia tak lepas Sabah

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan melayan sebarang tuntutan mana-mana pihak yang mahu pisahkan Sabah daripada Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Sabah diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sejak 16 September 1963.

“Walaupun bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos pernah cuba menggugurkan tuntutan terhadap Sabah namun perkara itu sukar untuk dilakukan sehingga berlarutan sampai sekarang. Sejak dari 1987 ada yang menuntut dan mendakwa Sabah hak Filipina.

“Apa pun yang berlaku PBB sudah iktiraf Sabah (milik Malaysia). Kita sama sama jaga dan pertahankan maruah kerajaan,” katanya kepada Dewan Negara menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Seri Nalalkurappan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, status Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah Malaysia yang berdaulat adalah berasaskan kepada kedudukan undang-undang sejak 1878 dan diperkukuhkan oleh keputusan Suruhanjaya Cobbold semasa pembentukan Malaysia yang kemudian disahkan oleh PBB.

Senator Datuk Chin Su Phin juga meminta penjelasan menteri bagaimana kerajaan menangani tuntutan oleh Kesultanan Sulu di samping menjaga hubungan diplomatik antara kerajaan Filipina.

Hamzah berkata, berdasar perjanjian 22 Januari 1878 memperuntukkan Sultan Sulu serahkan Borneo Utara selama lamanya.

“Dalam perjanjian itu juga Sultan Sulu atau warisnya hanya akan menerima wang serahan tahunan 5,300 peso,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");