Panasnya Hari Ini

Mesyuarat MT UMNO Batal Bukan Kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Pembatalan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini tidak dikaitkan dengan penyingkiran jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet.

Memetik sumber daripad Freemalaysiatodaya hari ini, perkara tersebut ditegaskan oleh Setiausaha Akhbar kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor Mohd Hisamudin Yahya.

“Penangguhan ini tiada kaitan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin, maknanya Tan Sri Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden UMNO dan dia masih boleh datang.

“Dia memang Timbalan Presiden parti. Isu ini tiada kaitan dengan rombakan kabinet baharu, sebab ini dua isu yang berbeza.

Jelasnya lagi, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira beberapa faktor.

“Penangguhan ini dibuat atas dasar kepentingan parti dan kita minta orang ramai bertenang dahulu,” katanya.

Selain Mesyuarat MT, turut dibatalkan ialah majlis taklimat tertutup berhubung isu semasa oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan majlis sambutan hari raya bersama kepimpinan parti itu yang dijadual diadakan pada hari yang sama.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");