Jenayah

Motosikal, rumah pula hangus terbakar

KAMPAR – Tidak sampai seminggu gerai dan anjung rumah seorang peniaga rosak akibat ditimpa pokok tumbang, semalam motosikal dan bumbung rumahnya pula musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Batu 20, Kuala Dipang, di sini.

Mangsa, Arman Aris, 33, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 11.15 pagi itu, dia sedang menonton televisyen bersama anaknya di ruang tamu sebelum terhidu bau hangit dipercayai datang dari luar rumah.

“Bau hangit itu menyebabkan saya melihat keadaan di luar dan mendapati api sedang marak membakar dinding serta bumbung pintu hadapan rumah termasuk motosikal milik ayah.

“Melihat keadaan itu, saya segera menyelamatkan anak menggunakan pintu belakang serta cuba memadam api dengan menyimbah air ke bumbung.

“Kejadian ini adalah insiden malang yang kedua berlaku dalam tempoh tidak sampai seminggu kerana pada Sabtu lalu, saya dan anak hampir dihempap pokok tumbang,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Dia menganggarkan mengalami kerugian lebih kurang RM8,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Yamin Naib berkata, beliau bersama sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.07 tengah hari.

“Apabila tiba di lokasi, kita mendapati sebuah motosikal, dinding serta bumbung rumah terbakar.

“Kita telah juga memastikan tiada mangsa terperangkap dan menjalankan operasi memadam kebakaran sehingga api padam sepenuhnya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");