Jenayah

NBOS pantau penjualan mercun

KUALA TERENGGANU – Pasukan rondaan bersama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) turut memantau penjualan mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan dijual di pasar dan bazar Ramadan.

Ketua Balai Polis Chabang Tiga, Abd Aziz Mohd berkata, rondaan bersama NBOS itu melibatkan polis, ATM dan JPAM.

Menurutnya, pemantauan terhadap penjualan mercun termasuk di pasar malam dan bazar Ramadan lebih kerap dilakukan bagi mengelakkan peniaga menjual barangan yang dilarang itu.

“Bersempena Ramadan, rondaan tertumpu barangan jualan bagi elak peniaga jual mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan. Selain itu, pemantauan juga dilakukan bagi membendung berlaku kecurian dan jenayah ragut,” katanya ketika membuat rondaan di Pasar Tani Mega Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Menurutnya, operasi berkenaan diadakan di Pasar Tani Mega Padang Hiliran, Bazar Ramadan Chabang Tiga dan Bazar Ramadan Pengadang Baru

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");