Sukan Hari Ini

Nova sasar kedudukan lima terbaik dunia

PASUKAN terbaik negara F1 In Schools, Nova sasar kedudukan lima terbaik dunia pada Kejohanan F1 In Schools World Finals 2015 di Singapura yang bakal berlangsung mulai 13 hingga 16 September depan, lapor SITI ZUBAIDAH MAT ISA.

Terdiri daripada enam anggota, mereka merupakan pelajar tingkatan empat dan Lima Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Diketuai Mohamad Akmal Izzuddin Mohd Yazid, sasaran lima terbaik dunia adalah realistik berdasarkan kekuatan dan pencapaian pasukan selaku juara Kejohanan F1 In Schools Malaysia National Finals tahun lalu.

“Saya percaya kekuatan dan kerjasama kuat antara ahli, tiada apa yang mustahil, masing-masing tahu peranan mereka dan ini menguatkan kami, ibarat sebuah syarikat.

“Jika tahun lalu, pasukan negara meraih tempat kesembilan, kami mahu pastikan kedudukan pada kejohanan kali ini lebih baik,” katanya ketika ditemui, semalam.

Tanpa mengetahui kekuatan pasukan lawan, Nova yakin pasukan mampu memberi saingan sengit kepada setiap pasukan bertanding.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah berkata, Sinar Harian selaku rakan media Nova, amat berbangga dengan pencapaian ditunjukkan yang disifatkan sebagai hasil kerja penuntut universiti.

“Melalui medium ini, kita berharap dapat melahirkan ramai anak tempatan, di mana mungkin suatu hari ini, mereka yang bergelar jurutera di arena perlumbaan di litar Formula 1.

“Tiada apa yang mustahil. Ini juga sebagai galakkan agar lebih ramai anak muda bergiat dalam aktiviti seperti ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");