Jenayah

Pati sorok bawah meja elak dicekup

ALOR SETAR – Tindakan pendatang asing tanpa izin (Pati) bersembunyi di bawah meja untuk mengelakkan diri dicekup tidak berhasil apabila dia ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kuala Kedah, semalam.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 2 pagi itu, tujuh lelaki Myanmar ditahan dalam operasi diketuai Penolong Pengarah Imigresen, Nar Azaman Ibrahim bersama 25 pegawainya.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di tiga lokasi berbeza berdasarkan maklumat diterima.

“Tiga lelaki Myanmar ditahan di sebuah kediaman di Kampung Telok Layang, diikuti dua lagi dalam sebuah bot di pelantar bot nelayan Kampung Telok Nelayan dan selebihnya, ditahan di Kompleks Sri Puteri Pekan Kuala Kedah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka berusia antara 19 hingga 27 tahun dan kes disiasat di bawah Sekyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Semua Pati ditahan di Lokap Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit, di sini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");