Laporan Eksklusif

Pawagam Larang Jual ‘Couple Seat’ Kepada Bukan Mahram

SRI ISKANDAR:Bertujuan bagi membendung gejala sosial dikalangan generasi muda, Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Seri Iskandar mengambil insiatif melarang para pelanggannya yang bukan mahram menggunakan kerusi berkembar atau ‘couple seat’.

Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak pengurusan pawagam atas nasihat Majlis Daerah Perak Tengah dan telah berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi.

LFS juga satu-satunya pawagam yang terdapat di Daerah Perak Tengah di Bandar Seri Iskandar dan kini rata-ratnya dipenuhi dengan golongan muda yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi berhampiran.

Pawagam LFS kini mempunyai 12 buah ‘couple seat’ serta tujuh bilik tayangan merupakan salah satu lokasi tumpuan buat para remaja menghabiskan masa di waktu lapang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");