Berita Hari Ini

Peguam Umno Siapkan Tuntutan Saman Terhadap Penerbit WSJ

PETALING JAYA: Peguam Umno sedang menyiapkan dokumen tindakan undang-undang terhadap Dow Jones, penerbit The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan pemindahan dana sebanyak RM2.6 bilion, sebelum memfailkan saman di Amerika Syarikat.

Pada masa sama, barisan peguam terlibat juga mendapatkan pandangan peguam berpangkalan di New York yang pakar berkaitan kes fitnah.

“Kami masih menyiapkan aspek perundangan sebelum menghantar surat kepada Dow Jones,” kata sumber itu.

Pada Jumaat, WSJ mendakwa siasatan terhadap 1MDB mendapati wang mencecah AS$700 juta disalurkan ke akaun peribadi Najib sebelum pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, 1MDB menyangkal dakwaan itu, manakala Najib menafikan mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi dan mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab terhadap pembohongan terbaharu itu.

Pada Ahad, Najib memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ dalam masa terdekat selepas berunding dengan peguamnya.

Setakat ini, WSJ mempertahankan laporan dengan menegaskan pihaknya memiliki dokumen kukuh untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mengesahkan beliau telah meneliti dokumen berkaitan kes itu.

Gani juga memaklumkan pasukan khas yang ditubuhkan telah menyerbu tiga premis syarikat yang didakwa menyalurkan dana ke akaun peribadi Najib, iaitu SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");