Jenayah

Pelajar SPM mati mengejut

SETIU – Seorang pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM tahun ini ditemui rebah dan meninggal dunia di rumah keluarganya tidak lama selepas pulang bermain futsal dalam kejadian di Kampung Mangkok, Permaisuri, di sini, kelmarin.

Pelajar SMK Tengku Ibrahim, Muhammad Shaqiram Shazwan Mazlan, 17, ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik jahitan oleh adiknya lebih kurang jam 12.10 pagi.

Ibunya, Rosnita Ngah, 43, berkata, kejadian itu amat mengejutkan dia sekeluarga kerana anaknya dalam keadaan sihat sebaik pulang bermain futsal di sebuah gelanggang futsal yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Menurutnya, sebaik pulang daripada bermain futsal hampir jam 12 tengah malam, Allahyarham meminta duit untuk makan mi sup di kedai berdekatan.

“Namun tidak lama selepas tu.. saya tak dengar suaranya dan minta adik dia lihat Muhammad Shaqiram untuk beri duit buat beli mi sup, tapi adik dia beritahu abangnya rebah di bilik jahitan.

“Saya cepat-cepat ke situ dan dapati anak lelaki saya sudah tak bergerak,” katanya sayu.

Kata Rosnita, anak kedua daripada enam adik beradik itu kemudian dikejarkan ke Hospital Setiu, namun disahkan meninggal dunia.

Hancur luluh hati Rosnita sekeluarga kerana Muhammad Sharqiman yang sihat dan aktif dalam pelbagai jenis sukan sebelum ini tidak ada tanda-tanda mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Saya tak nampak sebarang perubahan pelik pada dirinya tetapi kawan-kawannya ada beritahu pada Khamis lepas ketika pulang dari asrama Muhammad Sharqiman berkata dia terlebih dahulu akan pulang dan merasakan dia akan mati.

“Ungkapan itu hanya dianggap gurauan oleh rakanya namun benar-benar menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati tidak ada unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut

“Jenazah mangsa diserahkan kepada waris selepas selesai bedah siasat di Hospital Setiu petang kelmarin,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mangkok, lebih kurang jam 5 petang kelmarin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");