Jenayah

Pemuda maut, ibu parah dipanah petir

PASIR PUTEH – Seorang pemuda maut sementara ibunya parah selepas dipanah petir ketika sedang menjual kuih tradisional akok di Kampung Air Tawar, Semerak, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jàm 6.30 petang itu, kedua beranak itu berteduh di gerai mereka yang berada di tepi jalan sebelum tiba-tiba gerai mereka dipanah petir.

Muhammad Abdul Aziz Ibrahim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya berusia 50-an dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");