Jenayah

Pengarah didakwa gagal bayar potongan cukai pekerja

Chukai: Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 17 pertuduhan gagal membayar potongan cukai hampir 300 pekerjanya bernilai RM3.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA), Pheng Yin Huah, 67, yang tidak hadir ke mahkamah dan diwakili Penasihat Undang-Undang peribadinya, Victor Teoh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret Kemaman, Rofiah Mohamad.

Bagaimanapun, tertuduh yang berdepan pertuduhan mengikut Kaedah 17 Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 memohon kepada mahkamah untuk membuat penyelesaian kes di luar mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal membayar kepada Ketua Pengarah LHDN jumlah cukai pekerjanya yang sepatutnya dipotong dan dibayar sejak Januari 2013 hingga Mei 2014 keseluruhan bernilai RM3.6 juta.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rofiah menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa LHDN, Mohd Arif Zaini dengan dibantu Zul Hasymi Mohamad.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");