Jenayah

Polis Marin Rampas Rokok Seludup

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah dua menemui pelbagai jenis rokok seludup di bahagian tempat duduk dan dalam bonet belakang sebuah kereta Proton Waja dalam serbuan yang dilakukan di Taman Pelangi Indah, di sini, petang kelmarin.

Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya turut merampas kereta berkenaan yang menjadikan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM28,970.88.

“Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri ke arah kawasan perumahan berdekatan dan usaha gigih sedang dilakukan bagi memburu suspek dan pemilik kenderaan itu.

“Kesemua rokok seludup itu dijumpai di bahagian tempat duduk dan dalam bonet belakang kereta Proton Waja itu yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Paul berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kastam 1959 kerana memiliki barang tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");