Isu Panas

Razman: Harapan Baru tak gugat Pas

TELUK INTAN – Pas tidak akan tergugat dengan penubuhan Harapan Baru malah menggesa ahlinya untuk terus beristiqamah dengan perjuangan parti.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Pas Perak akan terus berpegang dan menggerakkan asas perjuangan parti iaitu dakwah, tarbiah dan siasah walaupun dicabar mana-mana parti politik.

Menurutnya, kesemua ahli Pas telah diberi arahan untuk tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan Harapan Baru.

“Kita melihat Pas sendiri yang berpecah dengan Umno, Pas masih lagi kuat dan teruskan perjuangan jadi saya melihat ia perkara biasa.

“Pas tidak akan sesekali berasa goyah ataupun rasa tercabar, kita hanya berpegang kepada perjuangan asal parti dan tiada siapa boleh mengubahnya,” katanya.
Razman turut menyifatkan penubuhan Harapan Baru sebagai parti politik yang tiada hala tuju sebenar.

Katanya, kumpulan itu masih lagi kabur dan tercari-cari perjuangan yang akan dibawa sekali gus membuktikan ia adalah tindakan terburu-buru sekumpulan individu yang tidak mempunyai jawatan dalam Pas menerusi pemilihan baru-baru ini.

“Harapan Baru terdiri daripada mereka yang kalah pada pemilihan. Ketika ini kita melihat hala tuju mereka juga tidak jelas dan apa yang mereka perjuangkan?

“Mereka ini telah ditolak pada pemilihan dalam muktamar Pas baru-baru ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");