Sukan Hari Ini

Safiq enggan dianggap wira

Johor Bahru: Ledakan dua gol menerusi kapten Safiq Rahim memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) meneruskan cengkaman di tangga kedua liga selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Larkin, kelmarin.

Apapun kapten skuad kebangsaan itu tidak mahu dilabel selaku ‘wira’ sebaliknya menganggap dua gol itu hasil kerjasama berpasukan.

Malah katanya, kesungguhan semua pemain pada perlawanan itu juga mencetuskan semangat juang tinggi untuk pastikan tiga mata tidak terlepas di laman sendiri.

“Tidak kisah siapa yang menjaringkan kerana misi utama adalah meraih tiga mata dan berjaya dilaksanakan. Saya berharap momentum ini dikekalkan sehingga tamat saingan liga.

“Untuk menjaringkan gol bukan diserahkan kepada saya seorang tetapi siapa sahaja yang ada peluang depan gawang.

“Ketika menentang Pahang, Sabtu lalu, saya mengalami demam dan tidak dapat beraksi baik namun kali ini saya berada pada tahap kecergasan memuaskan dan berjaya melaksanakan tugas dipikul,” katanya.

Safiq juga menegaskan keinginan untuk memastikan kemenangan di laman sendiri amat tinggi malah aksi sepanjang 90 minit perlawanan mengutamakan kawalan bola dan tidak membiarkan lawan mengawal aksi itu.

Malah katanya, perbincangan antara pemain dan ketua jurulatih Mario Gomez yang sering berkomunikasi nyata beri kesan positif untuk memantapkan lagi corak permainan.

“Bukan saya sahaja yang dipanggil Gomez untuk berbincang malah semua pemain terbabit dan langkah itu dan saya lihat mewujudkan lagi keakraban antara pemain dan jurulatih.

“Perbincangan lebih terarah kepada perancangan taktikal. Gomez akan menerangkan kepada saya dan rakan sepasukan kehendaknya dengan corak permainan yang perlu dipamerkan pemain,” kata Safiq.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");