Sukan Hari Ini

Sergio Romero Akan Ambil Alih Tempat David De Gea?

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal memberi amaran kepada penjaga gol kelab itu, David De Gea bahawa pemain tersebut mungkin berada di bangku simpanan berikutan kehadiran Sergio Romero.

Bagi mempertahankan kedudukan sebagai penjaga gol utama, Van Gaal mahu pemain Sepanyol itu bersaing dengan Romero yang merupakan penjaga gawang Argentina.

Romero yang berpindah secara percuma kini memulakan latihan bersama United di Amerika Syarikat sebagai persediaan kelab itu bertemu Paris Saint-Germain.

De Gea sebelum ini memohon untuk menyertai Real Madrid apabila kelab gergasi Sepanyol berkenaan ingin menjadikan dirinya sebagai pengganti kepada Iker Casillas.

Bagaimanapun perkara itu tidak dipersetujui United berikutan bidaan rendah.

United terpaksa mendapatkan Romero sebagai persediaan sekiranya De Gea menyertai Real Madrid secara percuma pada tahun depan selepas kontraknya tamat.

Kelab England itu turut melepaskan bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes selepas pemain itu dikatakan gagal mengikut kehendak Van Gaal pada musim lalu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");