Membawang Hari Ini

Serina kini bergelar penerbit

NAMPAKNYA semakin murah rezeki pelakon cantik ini apabila dia kini mula dikenali dalam dunia penerbitan filem. Kerana itu, anak Chef Wan ini tidak muncul di kaca televisyen beberapa tahun kebelakangan ini.

Akui Serina Datuk Redzuawan, syarikat penerbitan yang diberi nama YKS Film Maker Sdn Bhd itu merupakan usaha samanya bersama penerbit yang juga pengarah terkenal, Yusof Kelana.

“Saya memang masih baru dalam bidang ini. Bagaimanapun, saya akan buat yang terbaik kerana bidang penerbitan memerlukan usaha dan tanggungjawab besar.

“Walaupun baru sahaja mengembangkan saya dalam bidang ini namun saya baru sahaja menerbitkan sebuah filem sulung yang mengangkat Soffi Jikan sebagai pengarah dalam filem ini,” katanya mengenai filem Gansterock yang telah ditayangkan bermula 17 Julai lalu.

Tambah Serina, ia juga adalah filem pertama yang diterbitkan di bawah syarikat mereka setelah tujuh tahun bertapak dalam industri penerbitan.

“Sebelum ini, kami hanya menerbitkan beberapa drama bersiri di beberapa stesen televisyen dan menerbitkan program masakan.

“Justeru, dengan idea yang menarik yang dibawa sendiri Soffi Jikan, ia berjaya menarik hati kami untuk menerbitkan filem tersebut,” katanya.

Pada masa sama, sebagai penerbit filem pertama pihaknya, Serina memberitahu, YKS akan berkongsi keuntungan secara royalti.

“Setiap artis yang terlibat menjayakan filem tersebut akan berkongsi royalti sekiranya filem ini mendapat keuntungan misalnya pecah panggung.

“Ini adalah inisiatif pertama kali diberikan penerbit kepada setiap selebriti yang terlibat dalam menjayakan sesebuah filem,” katanya.

Dia juga harap filem Gangsterock bukan filem pertama dan terakhir yang akan mereka terbitkan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");