Berita Hari Ini

Shafee Abdullah: Mohamed Apandi Pilihan Tepat Sebagai Peguam Negara

BANGKOK: Peguam kanan Malaysia, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengalu-alukan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang baharu dengan berkata beliau adalah orang yang tepat untuk menyandang jawatan itu kerana “beliau memiliki minda yang amat merdeka”.

Katanya Mohamed Apandi mempamerkan dirinya sebagai manusia yang memiliki minda yang sangat merdeka ketika berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

Muhammad Shafee berkata Mohamed Apandi mampu membawa budaya baharu dan memperkenalkan budaya sektor swasta ke dalam Jabatan Peguam Negara (AG) dan ini sesuatu “yang amat diperlukan di pejabat AG”.

“Beliau pernah berkhidmat di pejabat Peguam Negara dan menjadi pengamal undang-undang untuk tempoh yang lama. Selepas itu, beliau menjadi hakim.

“Oleh itu, beliau akan mampu menerapkan kecekapan dan kepantasan bekerja sektor swasta di pejabat Peguam Negara serta memperkenalkan budaya sektor swasta seperti yang dilaksanakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dalam badan kehakiman,” kata Muhammad Shafee apabila diminta mengulas pelantikan Mohamed Apandi ketika ditemui pada kursus mengenai hak asasi manusia untuk wartawan dari negara anggota ASEAN di sini.

Muhammad Shafee adalah pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan Mengenai Hak Asasi Manusia ASEAN (AICHR).

Mohamed Apandi, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Gani Patail, adalah peguam negara kesembilan Malaysia.

Dalam pengumuman di Kuala Lumpur semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan berkuat kuasa 27 Julai atas sebab kesihatan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");