Sukan Hari Ini

Speedy Tigers gagal ke Brazil

PELUANG pasukan hoki negara, selaku pasukan simpanan untuk ke Sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil secara rasminya sudah berakhir.

The Speedy Tigers terlepas peluang selepas Brazil berjaya mengesahkan kedudukan selaku pasukan kelapan beraksi di Sukan Olimpik.

Brazil yang diberi laluan mudah sebelum ini perlu berada pada kedudukan sekurang-kurangnya di tangga keenam kejohanan Pan Amerika yang sedang berlangsung di Kanada, minggu lalu.

Mereka berjaya menghuni tangga keenam selepas menumpaskan Amerika Syarikat.

Selain Brazil lapan pasukan lain yang telah layak ke Sukan Olimpik 2016 adalah India, Jerman, Argentina, Belanda, Australia, Belgium dan Great Britain.

Malaysia sebelum ini berada di dalam senarai menunggu kelima selepas Kanada, Sepanyol, Ireland dan New Zealand.

Ketika ini, masih ada empat lagi kekosongan yang perlu diisi oleh juara bagi semua empat kejohanan benua seperti Pan Amerika, Eropah, Ocenia dan Afrika.

Sekiranya ada mana-mana pasukan yang layak ke Sukan Olimpik 2016, tetapi menjuarai kejohanan benua tersebut, maka slot itu akan diberikan kepada pasukan dalam senarai menunggu.

Empat pasukan terawal menjadi keutamaan sekali gus menutup peluang Malaysia kerana berada dalam senarai menunggu kelima.

Speedy Tigers fokus Sukan Asia 2018

BAGI Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dr S Shamala, kegagalan ke Sukan Olimpik 2016 merupakan satu tamparan hebat buat kem negara.

Bagaimanapun, menurut Shamala, pemain Speedy Tigers tidak wajar dipersalahkan berhubung kegagalan tersebut.

“Amat menyedihkan kerana kita gagal layak ke Sukan Olimpik. Pemain sudah berikan sepenuhnya dalam Liga Hoki Dunia tetapi kejayaan tidak berpihak kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Shamala, apa yang perlu dilakukan pada ketika ini adalah memperbaiki segala kelemahan bagi memastikan Malaysia mampu untuk merebut tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Katanya, fokus skuad hoki negara pada ketika ini adalah untuk layak menerusi Sukan Asia 2018 di Indonesia.

“Kita tidak boleh toleh ke belakang. Kita perlu lakukan sesuatu supaya dapat beraksi dalam Sukan Olimpik 2020.

“Cabaran pertama kita adalah menerusi Sukan Asia 2018,” katanya.

Menurutnya, bagi merealisasikan impian itu, MHC akan melakukan beberapa pembaharuan sebelum beraksi dalam Sukan Asia 2018.

“Apa yang penting kita perlu mencapai standard, setanding dengan pasukan luar. Kita tidak boleh berada di takuk lama sahaja kerana cabaran di masa hadapan kian mencabar,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");