Sukan Hari Ini

Tagih impak Patrick, Guerra

PENGURUS PKNS, Mahfizul Rusydin Abd Rashid mengharapkan prestasi cemerlang gandingan penyerang importnya, Gabriel Guerra dan Patrick Ronaldinho Wleh mampu memberikan tiga mata menjelang pertembungan menentang Pulau Pinang di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini,

“Gandingan mereka memberi impak kepada pasukan lawan, begitu juga semangat berpasukan dipamerkan pemain lain yang tanpa berjuang memastikan tiga mata.

“Rentak kecemerlangan seumpama ini perlu diteruskan pada aksi menentang Pulau Pinang untuk terus memberikan saingan memburu kejuaraan Liga Perdana,” katanya.

Mengulas perlawanan malam ini, Mahfizul Rusydin melihat tekanan pastinya dirasai Pulau Pinang yang mahu mengekalkan kedudukan berbanding PKNS.

“Namun barisan pemain telah diingatkan agar tidak memandang rendah selain mengelakkan kesilapan mudah hingga memberi ruang kepada lawan menjaringkan gol.

“Peluang kedua-dua pasukan seimbang, selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini alangkah baiknya jika ia berterusan sebelum liga bersambung semula selepas Syawal nanti,” katanya.

PKNS kini berada di kedudukan kelima liga dengan enam kemenangan, lima seri serta tiga kekalahan dan mengumpul 24 mata manakala Pulau Pinang di tangga ke tiga dengan 29 mata.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");