Sukan Hari Ini

Tagih penyudah tajam

Gwangju, Korea Selatan: Pengendali negara Datuk Ong Kim Swee mengharapkan sentuhan penyudah yang lebih tajam mampu diterjemahkan anak buahnya apabila turun menentang Iran hari ini.

Malaysia berdepan misi wajib menang menentang Iran selepas kecundang kepada Brazil 1-2 pada aksi pembukaan Kumpulan C, Khamis lalu.

“Ketika menentang Brazil, kami mempunyai banyak percubaan ke gawang lawan namun gagal diterjemahkan dengan jaringan.

“Jadi saya harap ia dapat diperbaiki terutamanya pemain di jentera serangan seperti Syahrul Azwari Ibrahim dan A Thamil Arasu. Saya harap peluang dicipta kali ini mampu disempurnakan,” katanya selepas latihan pagi semalam.

Malaysia akan turun menentang Iran di Stadium Pusat Bolasepak Mokpo, Gwangju dengan lawan turut memburu kemenangan pertama selepas tewas 1-2 kepada Jepun pada aksi pertama.

“Saya ada meneliti rakaman aksi Iran menentang Jepun, mereka cukup kuat dengan corak permainan pantas walaupun tewas.

“Kami tidak boleh tewas lagi bagi menghidupkan peluang ke suku akhir. Jadi saya harap pemain kembali memberi tumpuan esok (hari ini).

“Kami perlu fokus dan tidak melakukan kesilapan seperti menentang Brazil. Itu merisaukan saya,” ujarnya.

Namun kapten negara dan perancang tengah Saiful Riduwan Selamat masih mengalami demam semalam manakala penyerang S Kumaahran mengalami kesakitan paha selepas berlanggar dengan pemain lawan.

Saingan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 membabitkan penyertaan atlet bawah 28 tahun dengan skuad bola sepak negara menghantar rata-rata pemain yang lebih muda.

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");