Berita Hari Ini

Tak ada pihak boleh minta Najib letak jawatan

TAWAU – Tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya boleh meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk meletak jawatan berikutan tuduhan dan dakwaan terhadapnya baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Katanya, permintaan itu tidak perlu dilayan, kerana Najib telah dipilih atas sokongan rakyat dan juga kepimpinan parti.

“Tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri, adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Itu dakyah tipu helah dari individu tertentu dan pembangkang. Rakyat jangan percaya dengan tuduhan liar dan tidak berasas yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sejadah, al-Quran, Yassin, dan Penghawa Dingin sumbangan Umno Kalabakan kepada masjid-masjid di kawasan Parlimen Kalabakan di sini hari ini.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");