Panasnya Hari Ini

Tidak Perlu Beri Maklum Balas – WSJ

KUALA LUMPUR: Dow Jones & Company dengan tegas menyatakan bahawa mereka tidak perlu memberi maklum balas terhadap tuntutan peguam yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah dana telah disalahgunakan.

Dalam kenyataan balas melalui peguamnya, Jason P. Conti, akhbar yang berpusat di Amerika Syarikat itu telah mengeluarkan dua artikel pada 2 Julai lalu yang bertajuk ‘Malaysia leader’s accounts probed’ dan 6 Julai yang bertajuk ‘Scandal in Malaysia’ adalah berdasarkan fakta.

“Di dalam surat yang diterima pada 8 Julai lalu, anda meminta kepastian sama ada kami (WSJ) bertanggungjawab terhadap kedua-dua artikel yang mendakwa pelanggan anda (Datuk Seri Najib) telah menyalahgunakan dana sebanyak USD700 billion yang dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB)’.

“Kami percaya bahawa permintaan anda tidak perlu kerana ianya telah menjawab persoalan yang telah dilontarkan,”jawabnya melalui emel, memetik laporan Malay Mail.

Terdahulu pada emel yang sama, Conti turut mendesak agar peguam yang mewakili Najib menerangkan kepada Perdana Menteri tentang perbezaan kedua-dua artikel berkenaan di mana artikel yang bertarikh pada 2 Julai adalah laporan berdasarkan fakta, manakala laporan yang bertarikh 6 Julai adalah ulasan fakta yang membawa kepada permasalahan yang timbul.

Mengulas lanjut, Conti turut menegaskan artikel yang bertarikh 2 Julai juga dengan jelas tertulis dimana sumber dana tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dan ke mana dana tersebut dibelanjakan.

WSJ telah melaporkan dana sebanyak RM2.6 billion telah dimasukkan ke dalam sebuah akaun peribadi yang dipercayai milik Perdana Menteri berdasarkan maklumat daripada seorang penyiasat yang tidak dinamakan.

“Manakala artikel yang bertarikh pada 6 Julai merupakan fakta-fakta yang diperolehi daripada artikel 2 Julai.

“Kesimpulannya, dengan jelas, berita yang dilaporkan adalah ringkasan yang tepat berkenaan isu tersebut, dan komen serta ulasan yang diberikan berdasarkan fakta,”tegasnya.

Katanya lagi, dalam masa yang sama, beliau turut mengesahkan bahawa firmanya belum melantik mana-mana wakil di Malaysia untuk menyelesaikan isu tersebut kerana peguam yang mewakili Najib belum memastikan tindakan yang akan dikenakan keatas WSJ.

“Jika mereka sudah memutuskannya, baru kita akan pertimbangkan untuk melantik peguam bagi menyelesaikan isu ini,”katanya.

PM Najib

Menerusi surat guaman oleh pihak Perdana Menteri pada 8 Julai lalu memohon supaya WSJ iaitu penerbit Dow Jones,memberi penjelasan dalam tempoh selama 14 hari dan mengesahkan kesahihan penulisan dua artikel tersebut telah menuduh beliau menyalahgunakan sejumlah wang sebanyak AS $ 700 juta (RM2.6 bilion).

Sementara itu, salah seorang wakil peguam Perdana Menteri, Datuk Mohd Hafarizam Wan Harun turut mengakui bahawa firmanya boleh segera mendakwa WSJ telah bertindak menfitnah tetapi memilih untuk tidak melakukannya berikutan artikel tersebut menggunakan kenyataan “tidak di sini tidak ada”, sehingga memerlukan surat meminta penjelasan dikeluarkan.

Penjelasan daripada pihak Dow Jones pula telah dihantar pada hari Selasa, tepat pada 14 hari tempoh yang diberikan mulai 8 Julai tersebut namun bagaimanapun peguam Najib masih belum menjalankan sebarang tindakan seterusnya dan dipercayai masih menunggu arahan daripada Najib terlebih dahulu.

Terdahulu penulisan WSJ pada 2 Julai lalu, segera ditangkis Perdana Menteri yang mendakwa beliau pernah bertindak mengambil wang 1MDB untuk “kepentingan peribadi”.

Beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “sabotaj politik” dan menuduh bekas mentor yang kini menjadi Ketua pengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang bersekongkol dengan media asing bagi menjatuhkan beliau.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dilantik bagi menyiasat berkenaan isu 1MDB dan tuntutan dalam laporan WSJ itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");