Jenayah

Tiga Polis Cedera Serangan Bom Di Selatan Thai

NARATHIWAT: Tiga anggota polis yang dalam perjalanan mengiringi beberapa guru sekolah pulang ke rumah masing-masing cedera dalam serangan bom di daerah Cho Airong di sini.

Kejadian pada Khamis itu berlaku ketika anggota polis terlibat melalui Jalan Ban Ya Ning di Kampung Moo 2 di Juab dekat sini.

“Bom itu meletup dan mengenai kenderaan mereka menyebabkan mereka cedera di badan dan muka akibat terkena serpihak bom itu,” kata jurucakap polis wilayah itu.

Ketiga-tiga anggota polis itu kini dirawat di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra.

Katanya, siasatan mendapati bom itu dipasang dalam silinder gas seberat 20 kilogram yang disorok berhampiran satu papan tanda kira-kira 200 meter dari sekolah.

Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila kenderaan polis menghampiri papan tanda berkenaan.

Polis percaya serangan bom itu dilancarkan kumpulan pemisah.

Keganasan yang melanda selatan Thai kerana menuntut pemisahan sejak 2004 lalu menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");