HAJAT Barcelona untuk mendapat khidmat perancang tengah Atletico Madric, Arda Turan semakin menjadi kenyataan.
Barcelona kini sudah mencapai kata sepakat dengan Atletico berhubung perpindahan pemain berasal dari Turki itu.
“Barcelona dan Atletico sudah bersepakat untuk perpindahan Turan,” kata kenyataan Barcelona di laman web rasminya.
Selama empat musim bersama Atletico, Turan membantu Atletico menjulang lima trofi termasuk kejuaraan La Liga 2013/14.-sinar harian
Komen & Pendapat