Sukan Hari Ini

Usah dabik dada

Kuala Lumpur: Aksi cemerlang dalam aksi persahabatan di Slovakia tidak akan memberi makna jika skuad Harimau Muda C gagal mengekalkan rentak di kejohanan Piala AFF B-19 di Laos bulan depan.

Kemenangan ke atas skuad B-19 kelab divisyen dua Slovakia Dunajska Streda 3-2 kelmarin memastikan anak buah jurulatih Hassan Sazali Waras itu kekal dengan rekod bersih 12 kemenangan berturut-turut selepas hanya tumpas pada perlawanan pertama Jun lalu.

Bagaimanapun bekas penolong jurulatih Harimau Muda A itu mengingatkan pemainnya agar tidak cepat mendabik dada dengan keputusan aksi persahabatan kerana misi utama mereka di kejohanan Piala AFF nanti.

“Saya berharap semua pemain dapat mengekalkan rentak sehingga ke kejohanan sebenar nanti. Saya yakin dengan pengalaman dan pendedahan yang mereka tempuhi sepanjang berada di Slovakia mampu menghasilkan kejayaan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Dalam perlawanan ke-13 itu, penyerang Jafri Firdaus Chew paling mencuri tumpuan dengan meledak hatrik bagi membolehkannya mengumpul 10 gol setakat ini.

Persembahan pemain berusia 18 tahun dari Pulau Pinang itu mendapat pujian Hassan yang menganggap Jafri mampu menjadi penyerang pelapis skuad kebangsaan suatu hari nanti.

“Dia memiliki potensi besar untuk mewakili skuad kebangsaan. Tapi masih terlalu awal kerana perlu melangkah satu peringkat ke satu peringkat terlebih dulu,” katanya.

Harimau Muda C akan meneruskan aksi menentang Cermansky FK Nitra hari ini dan masih mempunyai baki tiga lagi perlawanan sebelum pulang ke tanah air pada 13 Ogos depan.

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");