Jenayah

Warga emas maut kena kayu terjatuh dari lori

KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga emas maut apabila kepalanya terkena kayu palang bumbung yang tiba-tiba terjatuh dari sebuah lori treler di Kilometer 4.8, Jalan Teluk Ramunia-Tanjung Pengelih, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata Koo Ah Cheng, 62, pada kejadian 10 pagi itu, sedang menunggang motosikal dari arah Tanjung Pengelih menghala ke Sungai Rengit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kayu palang bumbung sebuah lori treler jenis Hino yang sedang menuju ke Tanjung Pengelih terjatuh lalu menimpa kepala mangsa, menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Ketika kejadian, Rahmat berkata, cuaca baik dan terang. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");