Sukan Hari Ini

Wimbledon: Juara bertahan Kvitova tersingkir

LONDON, 5 Julai:
Juara bertahan yang juga pemain pilihan kedua, Petra Kvitova tersingkir daripada kejohanan Wimbledon.

Bintang Republik Czech, Kvitova yang menang kejuaraan Wimbledon pada tahun 2014, tewas 3-6, 7-5, 6-4 kepada pemain veteran, Jelena Jankovic.

Jelena yang juga naib juara pada tahun2012 akan bertemu Agnieszka Radwanska pada aksi suku akhir.

Ini adalah penyingkiran paling awal buat Kvitova pada kejohanan All England Club itu sejak 2009 dengan menyaksikan hanya Serena Williams, Maria Sharapova, Caroline Wozniacki dan Lucie Safarova masih bertahan untuk ke pusingan seterusnya.

-therakyatpost.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");