Jenayah

Ajal langgar bas sekolah

Johor Bahru: Murid tahun tiga maut apabila digilis tayar bas sekolah selepas mangsa yang menunggang basikal terlanggar bas itu dalam kejadian di Zon Setia 7, Jln Setia7/11, Taman Setia Indah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6 petang itu, Najihussyakir Roslan, 9, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang tinggal di Jalan Setia 7/10 itu keluar dari lorong di kawasan terbabit sebelum terlanggar bahagian depan bas sekolah berkenaan yang sedang bergerak.

“Mangsa menunggang basikal dan keluar dari sebuah lorong sebelum terlanggar bas terbabit.

“Bas berkenaan dalam perjalanan menghantar pelajar Sekolah Menengah Foon Yew di kawasan perumahan itu sebelum tiba-tiba mangsa keluar dari sebuah lorong,” katanya.

http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");