Sukan Hari Ini

Anugerah bakar semangat

Kuala Lumpur: Anugerah atlet harapan terbaik yang dimenangi pemain bowling negara Rafiq Ismail selepas mempamer aksi mengagumkan di Sukan SEA Singapura lalu, membakar semangat juang atlet berusia 18 tahun itu yang berazam untuk terus melakar kejayaan untuk negara.

Rafiq yang merangkul tiga emas dan satu perak pada temasya dwitahunan itu menegaskan, bukan mudah untuk menjadi yang terbaik dan sedar bahawa dia perlu berusaha lebih keras utnuk mengekalkan prestasi terutama ketika negara menjadi tuan rumah dua tahun lagi.

Katanya, bowling adalah sukan yang boleh dimainkan oleh semua orang tetapi teknik serta fokus perlu ditekankan selain turut bergantung kepada nasib.

“Bukan senang mendapat anugerah ini dan saya bersyukur dengan apa yang diterima. Anugerah ini membuatkan saya perlu meningkatkan usaha untuk terus maju.

“Sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2017, banyak yang perlu dilakukan mulai sekarang dan saya akan menjalani latihan selama dua jam setiap hari. Jika mempunyai masa, ada kalanya ia akan memakan empat jam,” katanya.

Bagaimanapun, selaku tuan rumah, Rafiq berkata, peluang atlet negara menjalani latihan di atas lorong yang akan digunakan pada temasya itu nanti akan memberi kelebihan buat rakan sepasukan.

Sementara itu, Rafiq meluahkan kekecewaannya kerana gagal melakar keputusan yang baik ketika menyertai Kejohanan Bowling Terbuka Dunia di Jepun bulan lalu.

Rafiq yang mencetus sensasi baru apabila meraih tiga emas dalam acara trio, berpasukan dan individu pada penampilan pertama di Sukan SEA Singapura, terkandas pada pusingan awal dalam saingan membabitkan 130 peserta dari 52 negara di Jepun.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");