Jenayah

Banduan berdepan hukuman mati

KUANTAN: Seorang banduan berdepan hukuman gantung sampai mati setelah dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang banduan lain dalam satu kejadian di Penjara Penor di sini, pertengahan Ogos lalu.

Tertuduh, K Manimuthu, 48 berasal dari Pulau Pinang mengaku tidak bersalah namun pengakuan itu tidak direkodkan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Chen Fan Khion, 46 di sel nombor 3, Blok Pra Bebas, Penjara Penor dekat sini antara jam 8 malam, 13 Ogos hingga jam 7 pagi 14 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang sebelum ini dipenjarakan kerana melanggar syarat di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jika sabit kesalahan dia berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Faitinah Abu Bakar di hadapan Majistret Nor Asiah Mohamad.

Mahkamah menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan laporan DNA kes tersebut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");