Sukan Hari Ini

Barisan serangan tumpul – Dollah

KUALA LUMPUR – Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh kesal kerana ketumpulan bahagian serangan menghalang harapannya untuk mencipta kemenangan pertama dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tahun ini setelah ha­nya seri dengan Bangladesh di Stadium Shah Alam kelmarin.

Tanpa berselindung, bekas pemain kebangsaan itu juga melahirkan rasa kecewanya kerana selepas tiga perlawanan persahabatan pada 2015, mereka masih tercari-cari kemenangan pertama.

Seri tanpa jaringan dengan Bangladesh itu telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan skuadnya pada tahun penting yang mana mereka sedang mengharungi pusi­ngan kelayakan Piala Dunia 2018-Piala Asia 2019, yang telah pun berlangsung dua perlawanan.

Dia bagaimanapun masih berbangga dengan anak-anak didiknya, yang katanya telah mulai faham dengan corak permainan yang ingin diterapkannya.

“Kecewa juga (masih gagal mencipta kemenangan), bagaimanapun pemain telah memberikan rentak permainan seperti yang saya mahukan. Pada 15 minit pertama saya lihat masing-masing tidak tahu lagi cara untuk bermain (mengikut strateginya).

“Tetapi selepas memasuki babak kedua mereka telah menemui keserasian malah banyak mencipta peluang tetapi saya kecewa sedikit kerana gagal diterjemahkan menjadi jaringan.

“Kami kekurangan penyerang, bagaimanapun di bahagian pertahanan Mohd. Afif (Amiruddin), Taj (Amirrizduan Taj Tajuddin) serta Junior (Eldstal) nampak selesa apabila digandingkan bersama dan itu tiada masalah.

“Bagaiamanapun saya masih kekurangan pemain di bahagian serangan dan saya mahu pemain lagi di bahagian itu,” katanya kepada pemberita sejurus selepas perlawanan di sini kelmarin.

Tambah Dollah, skuadnya juga menerima kesan ke atas keletihan yang dialami oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd.

Amri Yahyah serta ketua pasukan Mohd. Safiq Rahim, yang membantu kelab mereka seri 1-1 dengan South China dalam kempen Piala AFC, sehingga mengambil keputusan untuk me­nukarkan mereka berdua dengan Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Nasir Basharudin.

– http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");