Sukan Hari Ini

Beng Choo sedia ganti Kok Chi

Kuala Lumpur: Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo bersedia menggantikan Datuk Sieh Kok Chi sebagai Setiausaha Kehormat dalam pemilihan badan berkenaan pada 22 Ogos ini.

Menurut Beng Choo, 47, kesediaan dan sokongan Kok Chi adalah satu penghormatan untuk beliau terus berkhidmat bersama MOM.

“Jika beliau menyatakan sokongan secara terbuka, ini satu peluang. Sesuatu yang akan saya pertimbangkan dengan serius terutama dengan sokongan diberikan itu.

“Saya fikir dengan pengalaman dimiliki di pentas antarabangsa, saya mampu memberikan sumbangan, namun semua pihak perlu berganding bahu bagi membolehkan MOM menjadi lebih baik di dalam dan luar negara,” katanya semalam.

Nama Malaysia kini dipandang tinggi selepas menjadi tuan rumah Persidangan Ke-128 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Sukan SEA pada 2017.

Kok Chi, 76, yang memegang jawatan Setiausaha Kehormat sejak 1992 kelmarin menjelaskan beliau tidak akan mempertahankan jawatan sekiranya Beng Choo bersedia mengisi kekosongan itu.

Jelas Beng Choo yang juga Setiausaha Agung Konfederasi Besbol Sofbal Dunia (WBSC), pengalaman dan pengetahuan Kok Chi dalam bidang sukan sememangnya tidak boleh dipertikaikan.

Malah, Beng Choo menyambut baik hasrat Kok Chi untuk menjadi Penolong Setiausaha MOM, sekali gus bekerjasama bersamanya.

“Ini ibarat ‘pertolongan’ yang diharapkan kerana saya memerlukan panduan, pengetahuan dan nasihatnya nanti,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");