Perak Hari Ini

Buat Bantahan Sengaja Gambar Kerajaan Negeri Tidak Peduli- DS Zambry

IPOH: “Sudah berapa kali mereka demonstrasi begitu …apa yang perlu saya lakukan apabila ianya menjadi sebahagian daripada aktiviti mereka,” begitu ulasan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung tindakan bantahan aman oleh 200 petani di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri  (SUK) hari ini.

Tambahnya lagi tindakan tersebut telah mengganggu laluan awam dan mereka seolah-oleh bertindak untuk mengambarkan bahawa Kerajaan Negeri langsung tidak mempedulikan nasib dan kebajikan para petani.

“Mereka ingin menunjukkan pada dunia kerajaan tidak membantu para petani dan banyak yang kita telah lakukan kepada para petani,” katanya.

PERAK TODAY 3

Tambahnya Zambry lagi, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada pihak petani dan langkah demonstrasi sebegitu bukannya jalan terbaik.

“Jangan mengugut saya kerana saya tidak terkesan dengannya ,” katanya.

Tegasnya lagi, Kerajaan Negeri sendiri mempunyai statistik jumlah bantuan yang telah diberikan kepada petani di seluruh Perak bagi membuktikan golongan ini tidak pernah dipinggirkan.

Terdahulu, 200 petani daripada 24 kawasan tampil membuat bantahan secara aman di hadapan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) hari ini.

Bantahan tersebut dijalankan bagi memohon kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berbincang dan mengadakan temujanji khas bersama petani berkenaan senario yang membelenggu para petani berhubung pengusiran para petani di beberapa kawasan tanah bagi tujuan pembangunan.

Sebagai tanda protes, para petani berkenaan turut membawa hasil tanaman mereka dan berhimpun di hadapan SUK sejak jam 9 pagi tadi sehingga petang ini.

PERAK TODAY 4

Difahamkan demonstrasi berkenaan berikutan tindakan pengusiran mereka daripada tanah pertanian yang telah diusahakan lebih 50 tahun lalu bertujuan bagi pembinaan kawasan pembangunan baharu.

Berhubung permasalahan tersebut sebanyak lapan memorandum telah dihantar untuk perhatian Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sejak 2013 untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

Perhimpunan tersebut bagi memohon agar para petani diberi peluang untuk berbicang bersama menteri besar bagi mencari jalan penyelesaian terbaik yang tidak menjejaskan sumber mata pencarian mereka.

Sekitar jam dua petang tadi, Setiusaha Sulit Kanan Menteri Besar, Zulkifli Abdullah dilihat tampil berbicang dengan wakil para petani berhubung bantahan yang dibuat.

PERAK TODAY 6

Sementara itu, menurut wakil petani,Menteri Besar enggan bertemu dengan para petani hari ini dan bakal memberi maklum balas pada Isnin depan.

Para petani yang hadir membuat bantahan kali ini terdiri daripada Batu Gajah, Chemor, Malim Nawar, Sungai Siput dan Tronoh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");