Membawang Hari Ini

Enggan fikir soal cinta

Selepas putus cinta buat kali kedua dengan pelakon baru Anis Al-Idrus, aktor popular Sharnaaz Ahmad menegaskan tidak mahu lagi memikirkan soal teman wanita.

Pengkuan putus cinta Sharnaaz sewaktu sewaktu ditemui pada majlis rumah terbuka Global Station Sdn Bhd baru-baru ini mengejutkan peminat setianya.

Bagaimanapun, dalam kalangan media, keretakan hubungan cinta pelakon utama filem Darah Panas dengan kekasihnya itu sudah dapat dihidu awal tahun ini.

Namun, perjalanan percintaan mereka dilihat kembali baik apabila kedua-duanya muncul di Anugerah Bintang Popular BH yang berlangsung di Genting Highland, Pahang , April lalu.
Menjelaskan perkara itu, Sharnaaz berkata, baik dia mahpun Anis berusaha memulihkan kembali hubungan mereka yang keruh, namun ia tidak dapat diselamatkan.

“Perkara yang sudah berlaku biarlah berlalu, saya tidak mahu fikir lagi soal cinta. Tumpuan saya sekarang adalah kerjaya seni dan produksi yang sedang diusahakan.

“Usia saya bakal mencecah 30 dan impian saya kini bukan berumahtangga, sebaliknya mencari wang untuk membina kehidupan lebih baik. Saya mahu bergelar jutawan pada usia itu,” katanya.

Beralih perihal kerjaya, baru-baru ini menerusi laman sosial, Sharnaaz memuat naik luahan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan sebuah masjid di Damansara.

Menurut kenyataan yang dimuat naik, aktor itu terkilan apabila penggambaran drama terbarunya, Mencintaimu dihentikan seorang wakil jawatankuasa masjid terbabit.

“Saya tidak tahu mengapa wakil pihak pengurusan masjid terbabit bertindak menghalau kru dan pelakon sedangkan kelulusan sudah diberi sebelum itu,” katanya.

Kata Sharnaaz, sewaktu dihalau mereka sedang melakukan penggambaran babak pernikahan. Disebabkan perkara itu, ia dibatalkan serta-merta dan produksi terpaksa mencari lokasi lain.

“Saya tidak tahu apa sebabnya. Kami ada surat kebenaran daripada ahli jawatankuasa masjid itu, namun salah seorang daripada mereka menghalau kami kerana tidak tahu menahu perkara itu,” katanya.

Jelas Sharnaaz lagi, lebih mengecewakan apabila wakil masjid itu menghalang mereka dengan cara kurang ajar.

“Tidak membenarkan kami menjalani penggambaran itu saya boleh faham, tapi cara dia menghalau kami dari masjid itu saya tidak boleh terima. Dia layan kami seperti binatang dan itu membuatkan saya sangat marah,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");