Sukan Hari Ini

EPL: 10 perpindahan terhangat di pasaran sehingga 1 pagi, Rabu

LONDON: Tempoh perpindahan pemain pada musim panas membabitkan kelab liga di England, Scotland dan Wales yang bermula sejak 1 Julai lalu, bakal berakhir jam 6 petang esok waktu tempatan (atau 1 pagi Rabu, waktu Malaysia).

Setakat ini hampir semua kelab terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit dengan proses ini.

Sehingga semalam, pembelian pemain paling mahal adalah membabitkan kelab Manchester City yang membawa masuk penyerang Wolfsburg dari Bundesliga iaitu Kevin de Bruyne, dengan nilai STG55 juta (RM355.77 juta).

Kelab yang paling ramai membeli pemain pula adalah Watford iaitu 12.

Berikut adalah 10 proses jual beli yang menjadi tumpuan di EPL dan dijangka bakal dimuktamadkan dalam tempoh masa sehingga jam 1 pagi Rabu, waktu Malaysia.

1. David De Gea (Manchester United) – Pemain ini dipancing oleh Real Madrid untuk menggantikan penjaga gol legenda pasukan berkenaan, Iker Casillas.

Perpindahannya dijangka membabitkan sebanyak STG35 juta (RM226.1 juta).

2. John Stones (Everton) – Pertahanan ini sangat diinginkan oleh Chelsea. Skuad The Blues percaya ia sebagai pemain lengkap di benteng tengah dan boleh menggantikan John Terry. Everton bagaimanapun tidak mahu menjualnya sehingga tidak meletakkan sebarang harga.

3. Edinson Cavani (Paris St-Germain) – Arsenal memburu seorang penyerang untuk bergandingan dengan Alexis Sanchez dan Cavani dilihat sebagai pilihan untuk selesaikan masalah itu selepas gagal mendapatkan Karim Benzema dari Real Madrid. Harganya dianggarkan STG50 juta (RM232 juta).

4. Saido Berahino (West Bromwich Albion) – Pemain ini berminat untuk dibeli oleh Tottenham Hotspur. Ia dilihat menjadi gandingan terbaik buat Harry Kane dan pernah bersama dalam pasukan England B-21. Harga ditawarkan STG25 juta (RM161.5 juta)

5. Charlie Austin (Queens Park Rangers). – Sebanyak enam kelab berminat mendapatkan pemain penyerang ini iaitu Crystal Palace, Leicester City, Newcastle United, Norwich City, Everton dan West Brom. Dia yang disenaraikan dalam pasukan England dianggarkan bernilai STG15 juta (RM96.9 juta).

6. Paul Pogba (Juventus) – Chelsea berminat mendapatkan bekas pemain Manchester United ini. Antara pemain terbaik dunia ketika ini, kos perpindahannya dianggarkan STG70 juta (RM452.3 juta).

7. Ezequiel Garay (Zenit St Petersburg) – Chelsea turut memancing pemain ini, sebagai gantian jika proses pembelian John Stones tidak jadi. Harga ditawarkan STG15 juta (RM96.9 juta)

8. Virgil van Dijk (Celtic) – Kelab Southampton dan Everton berminat mendapatkan pertahanan ini yang pernah bermain bersama Gronigen di Liga Belanda. Kos perpindahan dianggarkan STG10 juta (RM64.6 juta).

9. Adnan Januzaj (Manchester United) – Pemain ini menjadi buruan West Ham United, Sunderland dan Everton. Pemain berbakat Belgium ini tidak menentu masa depannya di Old Trafford ketika ini, boleh dibawa keluar secara pinjaman.

10. Victor Wanyama (Southampton) – Pemain ini diburu Tottenham Hotspur. Perancang ini diharapkan oleh Mauricio Pochettino untuk mengukuhkan bahagian tengah. Kos membawanya pindah dianggarkan STG20 juta (RM129.2 juta). – AGENSI

-http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");