Sukan Hari Ini

EPL: Kelab belanja beli pemain kini mencecah RM3.01 bilion

LONDON: Perbelanjaan perpindahan pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim panas ini sudah pun mencecah sebanyak STG500 juta (RM3.01 bilion).

Namun jumlah itu berkurangan sebanyak STG335 juta (RM2.01 bilion) berbanding musim panas lalu, tatkala tempoh proses jual beli bakal berakhir hanya kurang daripada empat minggu.

Perpindahan Raheem Sterling ke Manchester City daripada Liverpool adalah paling tinggi setakat ini iaitu membabitkan sebanyak STG44 juta (RM265.1 juta).

Dan pengendali Manchester United, Louis van Gaal ketika mengulas mengenainya melahirkan perasaan `terkejut’ dengan perkembangan itu, meskipun kelabnya sudah pun membelanjakan STG83m (RM500.2 juta) “Rekod baharu dijangka dicipta berikutan kelab yang bertanding dijangka mendapat faedah daripada perjanjian baharu dengan televisyen,” kata pakar kewangan bola sepak, Rob Wilson.

Tarikh akhir perpindahan pemain adalah pada 1 September, jam 12 tengah malam.

Bermula pada musim 2016/2017, hak perjanjian televisyen Liga Perdana meningkat daripada STG3.018 bilion (RM18.19 bilion) kepada STG5.136 bilion (RM30.95 bilion) sepanjang tiga musim.

Kelab terbawah liga, bakal menerima sebanyak STG99 juta (RM595.72 juta) bagi satu musim, manakala juara memperoleh lebih daripada STG150 juta (RM903.1 juta) daripada hadiah wang kejuaraan, sebelum bayaran tambahan dilakukan untuk muncul di kaca televisyen.

Penganalisis kewangan Deloitte, berkata setakat ini pihaknya menganggarkan perpindahan perbelanjaan sebanyak STG500 juta (RM3.01 bilion) sudah dicapai pada Jumaat lalu. Wilson berkata, biarpun rekod baharu bakal dicipta pada musim panas ini, namun dia menjangkakan perbelanjaan bersih dijangka menurun berikutan mereka perlu mematuhi peraturan Financial Fair Play (FFP). – AGENSI

– http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");